EPISODE 3 - PENGEMBARAAN BERMULA ! !
seperti yang kita tahu, naruta dan chibi telah pun menjadi kawan baik gara2 kejadian tempoh hari. kini mereka menggalas cabaran dalam pengembaraan yang seterusnya iaitu "PENGEMBARAAN DI PULAU CHIKAZUKI".
semasa berada di dalam hutan untuk menuju ke pulau chikzuki, naruto menceritakan kepada chibi akan kisah pulau yang mereka bakal kunjungi itu. pulau itu amat berbahaya kerana terdapat beberapa pahlawan kecil yang amat handal dan mampu membunuh secara senyap. chibi yang sudah takut akan cerita itu memberitahu kepada naruto "adakah kita akan selamat di sana?" naruto menjawab "hmm.. susah hendak kita ramal, kita tunggu dan lihat saja.". setelah sampai di pulau chikazuki
keadaan disitu agak sunyi sepi kerana jarang orang lalu lalang disitu.. tempatnya indah tapi setelah mendengar cerita dari naruto yang pulau ini berbahaya dia mula mengambil langkah berhati2. perlahan2 mereka melalui pulau itu, kalau korang nak tahu, tujuan pengembaraan chibi ni adalah sebab beliau hendak ke kota SHIZUKARIMBA untuk mengambil pedang satria kepunyaan lagenda terkenal iaitu IPMAN. pedang itu mempunyai roh dan mampu memberikan kehebatan luar biasa kepada orang yang berjaya mengambilnya.
sambung kembali kepada cerita chibi, mereka berdua mengambil langkah behati2 ketika melalui hutan tersebut.. setelah setengah perjalanan melalui hutan tersebut, mereka telah merasakan bahawa keadaan di hutan tersebut selamat dan tiada sebarang bahaya. hari sudah semakin kelam, mereka berdua mencari tempat untuk merehatkan diri. semasa mereka tidur, chibi tiba2 terdengar bunyi langkah kaki yang amat sukar untuk kita ketahui diamana datangnya bunyi tersebut, chibi segera mengejut naruto. dan mereka telah bersiap sedia menerima cabaran yang bakal dilalui..
